Isu RON95, minyak paket: Johor mahu KPDN bertindak tegas
Iklan
Kerajaan Johor menggesa KPDN mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan asing yang mengisi petrol bersubsidi RON95 dan isu ketirisan subsidi paket minyak masak.
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan asing yang mengisi petrol bersubsidi RON95.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, isu kenderaan berpendaftaran asing yang mengisi petrol RON95 sering dibangkitkan rakyat Johor.
Iklan
Iklan
Begitu juga jelasnya, bagi isu ketirisan subsidi paket minyak masak, sepatutnya ia dimanfaatkan oleh golongan B40 namun telah dieksploitasi oleh warga asing.
"Ia melibatkan pelanggaran peraturan yang merugikan rakyat tempatan dan mengakibatkan penyalahgunaan subsidi.
Iklan
"Oleh itu kerajaan negeri menyeru KPDN untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan kerana sudah tentu ia memberi kesan kepada negara.
"Kerajaan negeri menyokong usaha kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan undang-undang bagi memastikan subsidi yang diberikan kepada Bangsa Johor tidak terus dieksploitasi oleh warga asing," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, pada Ahad.
Pada 25 November lalu, kerajaan dilaporkan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95.
Tindakan itu, kata Kementerian Ekonomi, adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Hingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 berbanding negara tetangga seperti Thailand RM5.85, Indonesia RM3.38, Singapura RM9.02 dan Arab Saudi RM2.66.
Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi RON95 mencecah RM20 bilion pada 2023.
Petrol di Malaysia adalah paling murah berbanding Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, malah di Arab Saudi harga seliter RM2.65 berbanding Malaysia RM2.05.
Bagi minyak masak paket pula, pada Januari lalu, media melaporkan tiada sekatan atau larangan kepada warga asing untuk membeli minyak masak paket di kedai runcit, sebaliknya mereka turut tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagaimanapun kaedah jangka panjang sedang dikaji bagi memastikan subsidi minyak peket dinikmati rakyat negara ini sahaja.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.