Isu uptown: Peniaga, DBKL diharap capai jalan penyelesaian

Iklan
ABU Bakar (tiga dari kiri) meneliti pelan cadangan tapak perniagaan bagi menempatkan para peniaga Uptown Danau Kota yang tercicir selepas tapak asal dipindahkan di Bazaria Wangsa Maju dalam satu lawatan Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) diharap dapat mencapai kata sepakat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung isu keciciran 315 peniaga Uptown Danau Kota.

Iklan
Iklan

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, selepas perbincangan dengan Ikhlas beliau berharap kata putus dapat dicapai mengikut prosuder yang ditentukan pihak berkuasa.

"Saya difahamkan peniaga yang terlibat dan Ikhlas akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi para peniaga yang tercicir.

Iklan

"Diharapkan akan ada jalan penyelesaian yang menang-menang bagi semua pihak mengikut lunas undang-undang yang ada," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan para peniaga yang terlibat di Setapak, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan itu berhubung isu perniaga tercicir selepas tapak asal perniagaan dipindahkan ke Bazaria Wangsa Maju, awal tahun ini.

Iklan

Minggu lalu, para peniaga yang terlibat diketuai Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan memorandum meminta campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan mata pencarian mereka hilang selepas dihalang menjalankan perniagaan di tapak asal di Uptown Danau Kota.

Sebanyak 500 tapak disediakan di tapak Bazaria Wangsa Maju untuk menempatkan peniaga Uptown Danau Kota sebagai menyelesaikan aduan kacau ganggu dan halangan oleh penduduk setempat.

Operasi tapak baharu itu bermula 1 Januari lalu, sementara tapak lama ditutup sepenuhnya pada 31 Disember tahun lalu melalui tindakan penguatkuasaan DBKL.