Johor beri rebat cukai PBT 30 peratus tahun depan - Exco
Iklan
Mohd Jafni ketika ucapan penggulungan pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, pada Khamis.
JOHOR BAHRU - Rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan cukai baharu tahun 2025 akan diberikan 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, perkara itu dipersetujui hasil perbincangan dan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, 10 PBT yang sedang dalam proses penyemakkan semula kadar cukai ialaj Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Majlis Perbandaran Muar (MPM), Majlis Perbandaran Segamat (MPS) dan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn).
Turut terlibat ialah Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Majlis Daerah Tangkak (MDT), Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Majlis Daerah Mersing (MDM) dan Majlis Daerah Labis (MDL).
Iklan
"Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat, Datuk Onn Hafiz telah bersetuju untuk 10 PBT yang terlibat dengan penyemakkan semula cukai ini akan diberikan rebat 30 peratus daripada nilai penyelarasan cukai baharu 2025.
Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, pada Khamis.
Iklan
Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, penyemakan semula nilaian cukai ini sepatutnya dilaksanakan pada 2019 tetapi atas faktor pandemik Covid-19, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan penyemakan semula nilaian cukai tersebut.
Menurutnya, secara keseluruhannya, bagi 10 PBT ini, nilaian hartanah telah meningkat sebanyak RM29.93 bilion iaitu 36 peratus dalam tempoh tujuh tahun, peningkatan lima peratus setahun secara purata.
Jelasnya, antara faktor peningkatan nilaian hartanah adalah perkembangan ekonomi semasa, pembangunan yang pesat dan pelbagai, ubah tambah yang dilaksanakan oleh pemilik itu sendiri serta tanah-tanah kosong yang kini giat dibangunkan, dari tanah kosong ke tanah perumahan atau tanah komersial.
"Bagi mengimbangi kenaikan nilai hartanah yang tinggi ini, 10 PBT ini telah menyelaraskan semula kadar-kadar cukai agar tidak memberi kesan yang begitu ketara.
"Jumlah keseluruhan peningkatan cukai adalah sebanyak RM 36.91 juta dan purata kenaikan di bawah 18 peratus berbanding tahun 2013, atau (secara puratanya 2.6 peratus setahun) dan akan berkurang lagi setelah semua bantahan dipertimbangkan oleh PBT," ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.