Johor berhasrat perluas tanaman lada hitam
Iklan
Zahari - Foto: Bernama
ISKANDAR PUTERI - Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip.
Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 untuk menjalankan tanaman itu, sekali gus membantu pengusaha terlibat.
Iklan
Iklan
"Saya difahamkan Lembaga Lada Malaysia mengimport sejumlah 3,000 tan lada hitam setahun.
"Kita nampak peluang luas bagi mereka yang mengusahakan lada hitam, sebab itu kerajaan negeri hendak bantu mereka untuk memulakan penanaman berskala sederhana ini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.
Zahari berkata pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Lada Malaysia dan pengusaha tanaman berkenaan berkaitan keperluan bagi memperluas tanaman itu.
Iklan
"Kawasan sedia ada (tanaman lada hitam) sekarang ini berselerak di Felda Inas di Kulai, sekitar Batu Pahat dan Pontian, tetapi ia berskala kecil,” katanya.
Setakat ini, tanaman lada hitam di negeri ini melibatkan kawasan seluas 21.6 hektar dengan 90 pengusaha. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>