Jambatan 100 tahun di Pontian akan dilebarkan - Ahmad Maslan
Iklan
Ahmad (tengah) bergambar bersama peserta Larian Kampungku di Kampung Lubok Sipat, Benut pada Sabtu.
PONTIAN - Penduduk dan pengguna jalan raya di daerah ini, lega selepas Jambatan Pontian Besar yang sempit akan dilebarkan membabitkan kos RM49 juta bermula pertengahan tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jambatan sedia ada akan dinaik taraf daripada dua kepada empat lorong.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, kos berkenaan turut merangkumi pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti air, elektrik dan komunikasi.
Katanya, kepesatan pembangunan di daerah ini menyaksikan bilangan aliran trafik bertamgan hingga menyebabkan kesesakan pada jalan utama terutama pada musim perayaan Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.
Iklan
"Memandangkan laluan menuju ke bandar Pontian sudah mempunyai empat lorong, namun tidak sepadan jambatan sedia ada yang hanya mempunyai dua lorong.
"Jambatan Pontian Besar dianggarkan berusia hampir 100 tahun terletak di kawasan perkampungan nelayan yang menjadi nadi utama perhubungan laluan dari Batu Pahat ke Pontian," katanya.
Iklan
Beliau ditemui selepas Program Larian KampungKu di Kampung Lubok Sipat, Benut di sini, pada Sabtu.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberitahu larian yang julung diadakan itu disertai hampir 300 peserta dengan mengenakan busana tradisi seperti baju kurung.
"Larian sejauh sembilan kilometer mengelingi kampung membawa peserta mendekati budaya dan kehidupan warga desa.
"Lima 'chekpoint' tersedia untuk peserta melihat permainan gasing, menikmati air kelapa, makanan tradisi dan buah nanas.
"Larian seterusnya akan berakhir di Tahfiz Pendita Madani dengan pelbagai hadiah termasuk cabutan bertuah sebuah motosikal dan basikal," katanya.
Jelasnya beliau, program seumpama ini akan diteruskan di kampung-kampung lain di daerah Pontian bagi mengetengahkan budaya tempatan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.