Anwar tidak tahu wujud akuan bersumpah halang jadi PM
Iklan
Anwar
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak mengetahui dakwaan wujud akuan bersumpah (SD) yang bertujuan untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report.
Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
"Saya tidak menerima sebarang maklumat rasmi (berkaitan kesahihan dakwaan itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini hari ini.
Semalam, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.
Iklan
Laporan itu turut mendakwa, ahli Parlimen yang setia kepada UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diminta untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun itu untuk menyokong penangguhan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar sehingga PRU akan datang.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut.
Iklan
Katanya, fokus utama beliau ialah mengenai keperluan memberikan perhatian kepada masalah dihadapi rakyat dan menstabilkan ekonomi Malaysia.
"Rakyat berdepan masalah untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Ini mesti menjadi fokus utama kerajaan yang berkuasa sekarang.
"Saya sendiri secara peribadi telah memaklumkan kepada Perdana Menteri (mengenai pandangan fokus menstabilkan ekonomi dan membantu rakyat). Saya menghargai penerimaan pandangan saya bahawa perkara itu sepatutnya menjadi tumpuan sepanjang masa oleh kerajaan," katanya.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.