Radzi Sheikh Ahmad beri bayangan kembali sertai UMNO

Iklan
Asyraf Wajdi (kiri) menerima kunjungan tokoh veteran UMNO, Radzi pada Isnin. Foto FB Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad memberi bayangan sedia kembali menyertai parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook selepas menerima kunjungan tokoh politik berkenaan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Beliau secara berseloroh mengajukan pertanyaan kepada Radzi mengenai hasratnya untuk kembali menyertai UMNO.

"Bila Tan Sri nak kembali ke Rumah Bangsa?" soalnya.

Iklan

Radzi kemudian memberi jawapan ringkas, 'Insya-ALLAH tak lama lagi!'

Radzi memberi bayangan bersedia kembali menyertai UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa selepas pertemuan dengan Asyraf Wajdi. Foto FB Asyraf Wajdi

Iklan

Asyraf Wajdi berkata, jawapan itu memberi kepuasan kepadanya dalam usaha mengajak semula semua pejuang lama dan baharu UMNO untuk memperkukuhkan parti sebagai sebuah Rumah Bangsa.

Menurut beliau, Radzi pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO dari 2004 hingga 2008, ketika era kepimpinan Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Hari ini saya bertuah kerana menerima kunjungan tokoh veteran UMNO Perlis dan nasional ini yang banyak jasa kepada UMNO.

"Pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya timba dalam pertemuan penuh bermakna ini," ujarnya.

Radzi merupakan tokoh politik yang aktif sewaktu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kangar ketika itu pernah beberapa kali memegang jawatan Kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kali terakhir sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2004.

Pada 2018, beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu.