PRN Melaka: Empat calon muda, tiga calon wanita bakal pelapis PKR

Iklan
Fuziah (tengah) bersama dua bakal calon PKR yang akan bersaing PRN Melaka, 14 November ini.

MELAKA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetengahkan empat calon muda dan tiga calon wanita dalam usaha membentuk barisan kepimpinan pelapis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, daripada sembilan calon yang diketengahkan parti itu, tujuh orang atau 77.8 peratus merupakan muka baharu, manakala empat orang atau 44.4 peratus terdiri daripada golongan anak muda.

Iklan
Iklan

Katanya, tiga calon wanita turut diberi kepercayaan untuk bertanding, mewakili 33.3 peratus daripada keseluruhan calon PKR pada PRN kali ini.

“Barisan calon berkenaan mencerminkan usaha parti melakukan pembaharuan kepimpinan dengan memberi ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam politik.

Iklan

“Bagi saya, pembaharuan politik bukan sekadar mengetengahkan wajah baharu, tetapi membuka ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan serta membawa aspirasi rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Fuziah berkata, beliau telah turun padang melawat lapan Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN bagi meninjau persiapan, bertemu petugas dan membantu menyelaraskan gerak kerja jentera parti.

Iklan

Katanya, siri lawatan itu akan diteruskan sehingga esok bagi memastikan persiapan di peringkat kawasan berjalan lancar.

Untuk rekod, PKR akan bertanding di sembilan kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini sementara DAP dengan tujuh kerusi sementara Parti Amanah dengan lima kerusi.