'Pemimpin politik main isu perkauman untuk kelirukan rakyat'
Iklan
Anwar menyampaikan ucaptama pada majlis di Shah Alam hari ini. Turut hadir, Presiden Yayasan Keamanan Sasakawa Shuji Ohno (kanan). - Foto Bernama
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa isu perkauman sempit kerap dimainkan oleh pemimpin politik yang terdesak bagi mengelirukan dan mendapatkan sokongan ramai.
Beliau berkata, wacana berkaitan soal perkauman juga kini kerap dimainkan terutama dalam kalangan ahli politik yang sebelum ini berkuasa, mempamerkan kekayaan dan 'merompak' tetapi kini menggunakan isu berkenaan bagi menarik golongan miskin bersama mereka.
Iklan
Iklan
"Mereka menggunakan isu kaum untuk mengelirukan orang ramai. Mengapa kita mahu membenarkan peminggiran dan pengabaian (terhadap mana-mana kaum) sedangkan kita mempunyai segala sumber.
"Mereka ini (yang terpengaruh dengan politik perkauman) sentiasa akan diperalatkan dan kekal dalam kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Anwar berkata, prinsip kedamaian dan keadilan perlu diketengahkan supaya nasib semua kaum di Malaysia yang berdepan kemiskinan lebih terjamin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>