MAINJ mula laksana proses pemulihan akidah ahli GISBH
Iklan
Mohd Fared. Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau berkata, ia dilakukan menerusi pendekatan sukarela oleh individu yang terlibat dan juga penguatkuasaan undang-undang, dengan fokus utama untuk membawa kembali bekas ahli GISBH kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Iklan
Iklan
"MAINJ juga bersetuju bantu beri saraan bulanan kerana kita tahu selepas dikenakan tindakan, perniagaan mereka tidak lagi dapat diusahakan. Oleh itu, MAINJ jaga kebajikan keluarga individu terlibat termasuk beri bantuan persekolahan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembayaran Zakat, Pembiayaan Bantuan Zakat MAINJ dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAINJ dan Agrobank di sini pada Isnin.
Turut hadir, Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadot; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Hasrin Kamal Hashim.
Iklan
Sementara itu, Mohd Fared berkata, fatwa berkaitan GISBH akan dikeluarkan MAINJ selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dengan kertas kerja mengenainya sedang diperhalusi dan akan disemak Jabatan Mufti Johor sebelum dibawa ke mesyuarat MAINJ.
Sebelum ini Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH adalah sesat dan menyeleweng. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>