Acuan stoking, kain terpakai hasil cendawan comel
Iklan
Noraini (tengah) menunjukkan cendawan yang mendapat permintaan daripada rakan dan pelanggan.
TUMPAT - Minat menghias kediaman dan taman memberi idea kepada seorang suri rumah untuk membuat cendawan comel daripada simen sebagai dekorasi tambahan.
Menurut Noraini Zakaria, 54, idea juga tercetus apabila dia melihat banyak cendawan untuk hiasan yang dijual melalui media sosial.
Iklan
Iklan
Noraini kemudiannya berusaha mencipta cara mudah untuk menghasilkan hiasan itu dengan menggunakan simen bermula awal Februari tahun ini.
Uniknya juga, pembuatan cendawan itu tidak menggunakan acuan khas tetapi hanya stoking terpakai untuk kaki cendawan manakala acuan kepalanya pula kain dan pakaian terpakai.
Iklan
Noraini (tengah) menunjukkan cendawan comel yang dihasilkan daripada simen.
"Prosesnya juga tidak sukar kerana hanya perlu mencampurkan pasir, air serta simen sebelum digaul rata dan dimasukkan dalam stoking," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Noraini memberitahu, boleh menyiapkan cendawan hiasan dalam tempoh tiga hingga empat hari termasuk mengecat dan mengering.
Iklan
Bagaimanapun ibu kepada lima anak berusia 15 hingga 28 tahun ini juga mengakui membuat cendawan bersaiz kecil lebih mencabar kerana kerana perlu fokus untuk membentuk selain proses mewarna yang agak lama.
Noraini gembira kerana hasil tangannya yang kreatif itu turut mendapat permintaan rakan-rakan untuk dijadikan dekorasi taman dan ruang rumah mereka.
"Alhamdulillah, pada mulanya menantu memuji cendawan saya hasilkan itu cantik dan meminta kebenaran untuk menjualnya melalui media sosial miliknya.
"Dalam tempoh beberapa bulan kemudian sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan saya mula menerima tempahan sehingga tidak menang tangan," katanya.
Tambahnya lagi, jika sebelum ini cendawannya hanya menggunakan warna merah dan merah jambu namun kini ada permintaan pelbagai jenis warna termasuk coklat, biru dan hijau," katanya.
Noraini memasukkan bancuhan simen ke dalam stoking.
Wanita itu juga bersyukur kerana suaminya, Wan Ramzan Wan Dahari, 56, yang berpengalaman dalam bidang landskap memberi semangat untuk dia meneruskan minatnya.
Noraini yang memulakan 'tugas' membuat cendawan kira-kira jam 2 petang setiap hari dan jam 10 pagi pada hari minggu dapat menghasilkan lebih 400 cendawan hiasan dalam tempoh sebulan.
"Saya juga merancang untuk menambah produk hiasan di halaman dan taman yang lain kerana ada permintaan daripada pelanggan," katanya.
Selain cendawan hiasan, Noraini turut membuat tapak gajah berbentuk kepala watak kartun Mickey Mouse dan kumbang.
Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor wartawan Sinar Harian, Adilla Sharinni Wahid.
Keadaan itu menyebabkan Ismail Mamud, 68, kini bergantung sepenuhnya kepada alat pembesar suara untuk bercakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768859/edisi/kelantan/buang-peti-suara-demi-nyawa-alat-pembesar-suara-kini-teman-setia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.