Berbuka, moreh ala Tanah Suci di Masjid Andalusia
Iklan
Berbuka sambil merapatkan hubungan menjadi amalan tradisi sepanjang bulan Ramadan di Masjid Imanul Faizin atau lebih dikenali jolokan Masjid Andalusia di Padang Kala di sini.
KOTA BHARU - Masjid Imanul Faizin atau lebih dikenali jolokan Masjid Andalusia di Padang Kala di sini meneruskan tradisi penuh berkat dengan menganjurkan majlis berbuka puasa dan moreh seperti di Makkah serta Madinah bagi mengimarahkan Ramadan.
Program yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat itu menawarkan pengalaman berbuka puasa secara bersila di dataran masjid, menghimpunkan keluarga, sahabat dan jiran tetangga dalam suasana penuh mesra serta harmoni seakan-akan suasana Ramadan di Tanah Suci.
Iklan
Iklan
Pengasas Masjid Imanul Faizin, Ibrahim Mat Sin berkata, sebanyak 1,000 hidangan disediakan merangkumi pelbagai menu istimewa dan juadah tradisi Kelantan setiap hari.
“Sambutan diterima bukan sahaja daripada penduduk sekitar, malah turut menarik kehadiran pengunjung luar yang ingin merasai kelainan konsep berbuka puasa beramai-ramai.
Iklan
Orang ramai berbuka puasa di pekarangan Masjid Andalusia.
“Kehadiran jemaah yang semakin meningkat saban tahun turut menyaksikan solat tarawih melimpah hingga ke kawasan dataran luar masjid,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Iklan
Menurut Ibrahim, tujuan penganjuran bukan sekadar menyediakan makanan berbuka puasa, sebaliknya membina ruang ibadah yang menyatukan masyarakat.
“Kami mahu mencipta ruang ibadah, kebersamaan dan kasih sayang sesama umat Islam pada bulan penuh keberkatan ini.
“Semua jemaah tanpa mengira latar belakang dijemput hadir bersama keluarga,” katanya.
Beliau memberitahu, pemandangan saf yang panjang dan rapat jelas menggambarkan semangat ukhuwah dan kecintaan masyarakat terhadap pengimarahan rumah ALLAH.
Katanya, bagi menggalakkan lebih ramai jemaah hadir menunaikan solat Subuh secara berjemaah, pihak jawatankuasa masjid turut mencadangkan penyediaan juadah sahur percuma khusus buat mereka yang hadir ke masjid.
“Penganjuran majlis ini diuruskan sepenuhnya secara gotong-royong oleh lebih 40 sukarelawan setiap hari.
“Mereka dibahagikan kepada empat pasukan utama melibatkan ahli jawatan kuasa masjid bagi perancangan, tempahan, pasukan masakan untuk penyediaan menu harian, pasukan hidangan menyambut, melayan tetamu, dan pasukan pembersihan serta persiapan tempat,” katanya.
Beliau berharap, usaha berterusan itu dapat menjadikan Masjid Andalusia sebagai pusat penyatuan ummah dan medan menyemarakkan semangat Ramadan.
Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor wartawan Sinar Harian, Adilla Sharinni Wahid.
Keadaan itu menyebabkan Ismail Mamud, 68, kini bergantung sepenuhnya kepada alat pembesar suara untuk bercakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768859/edisi/kelantan/buang-peti-suara-demi-nyawa-alat-pembesar-suara-kini-teman-setia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.