'Tolonglah bantu anak saya'
Iklan
Perut Maryam membesar akibat penyakit biliary atresia yang dihidapinya.
BATU PAHAT - Ibu bapa kepada bayi perempuan berusia 10 bulan yang menderita penyakit hati kronik atau biliary atresia memohon bantuan orang ramai untuk menanggung kos pembedahan hati anaknya.
Ibunya, Zuridah Sadon, 40, berkata anak keenamnya, Sarah Nur Maryam yang lebih mesra disapa Maryam perlu menjalani pembedahan hati dengan segera.
Iklan
Iklan
Menurutnya, anaknya itu dikesan menghidap penyakit biliary atresia selepas mendapat rawatan di hospital sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur.
"Akibat penyakit ini, Maryam sering merengek dan kurang tidur malah berat badannya juga mencecah 8kg (kilogram)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rengit Jaya di sini, semalam.
Iklan
Zuraidah berkata, dia diberitahu sekiranya mahu melakukan pembedahan hati di dalam negara kosnya dianggarkan mencecah RM160,000 manakala di China sebanyak RM250,000.
Katanya, dia dan suami (Sulaiman Misri, 51) tidak pernah berputus asa mencari penawar bagi menyembuhkan anaknya biarpun suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang elektronik di Pekan Rengit Batu Pahat.
Iklan
"Saya selalu tonton televisyen, tengok ada bayi yang pulih selepas menjalani pembedahan hati. Itu memang impian saya dan suami.
"Maryam segalanya buat kami sekeluarga," katanya.
Zuraidah berkata, kini dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sebagai operator pengeluaran kilang bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga anaknya.
Dia berkata, dia berharap keluarganya dibantu memandangkan hanya suaminya yang bekerja bagi menampung kos perubatan Maryam dan empat lagi orang anak yang masih bersekolah.
"Anak sulung berumur 18 tahun bekerja di pasar raya sementara menunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Yang lain berusia 17, 9, 8 dan 4 tahun masih bersekolah," katanya.
Sementara itu, Ecxo Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Malik Faishal Ahmad berkata, pihaknya akan mendapatkan perhatian daripada Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bagi menimbang bantuan sewajarnya kepada adik Maryam.
Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank (15115574 2704) atas nama Zuridah.
Zuridah berharap Maryam dapat menjalani pembedahan hati.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="JAINJ tidak tolak kemungkinan kontraktor terlibat kes buang al-Quran, buku agama tepi jalan"><meta itemprop="description" content="Kontraktor yang dipertanggungjawabkan menguruskan pelupusan dipercayai terbabit dalam kes penemuan bungkusan plastik mengandungi kitab suci al-Quran dan buku agama di tepi jalan di Ulu Tiram pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kemungkinan itu turut diberi perhatian dalam siasatan berikutan jumlah bahan yang ditemukan agak banyak dan bukan sekadar melibatkan kuantiti kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806237/edisi/johor/jainj-tidak-tolak-kemungkinan-kontraktor-terlibat-kes-buang-al-quran-buku-agama-tepi-jalan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isupelupusanQuranbukuagamaditepijalan #jainj"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T12:00:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P105S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc03e6e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc03e6e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc03e6e"></script>