SK Pulau Aman terima bot baharu, mudahkan murid dan guru berulang-alik
Iklan
Fadhlina (tiga dari kanan) menyerahkan replika kunci bot kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, Rohayu Ibrahim (tiga dari kiri) pada Majlis Penyerahan Bot kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, pada Sabtu. Foto Bernama
BATU KAWAN - Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman pada Sabtu menerima sebuah bot baharu bagi memudahkan akses kepada pelajar dan guru untuk berulang-alik ke sekolah.
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, bot bernilai RM218,097 itu bagi menggantikan bot lama yang rosak.
Iklan
Iklan
Sekolah berkenaan turut menerima sebuah treler bot bernilai RM30,000 menjadikan jumlah perolehan keseluruhan bagi pembelian bot berjumlah RM248,097.
"SK Pulau Aman ialah satu-satunya sekolah di Pulau Pinang yang menggunakan medium pengangkutan air untuk pergerakan guru dan pelajar. Bot sedia ada telah digunakan sejak 2014 sering rosak.
Iklan
"Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Perolehan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya pada Majlis Penyerahan Bot Baharu SK Pulau Aman di sini, pada Sabtu.
Pada majlis itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyerahkan replika kunci bot kepada Guru Besar SK Pulau Aman, Rohayu Ibrahim selain penyerahan sumbangan kepada dua murid sekolah terbabit.
Iklan
Wan Sajidi berkata, sekolah terbabit mempunyai seramai 26 murid dan lapan guru namun enam murid dan tujuh guru berulang-alik setiap hari ke sekolah menaiki bot kerana tinggal di luar kawasan Pulau Aman.
Sementara itu, Fadhlina berkata, isu berkaitan akses pendidikan dan logistik sememangnya sentiasa diberi penekanan oleh pihak kementerian dalam memastikan tiada sesiapa dipinggirkan.
Beliau berkata, penyerahan bot pada hari ini jelas membuktikan KPM mengambil berat soal keselamatan guru dan murid terutama ketika perjalanan pergi dan balik dari Pulau Aman.
"Ini membuktikan komitmen besar kita dalam memastikan keselamatan murid dan guru, sudah tentu inisiatif (penyerahan bot) ini akan diperluas ke tempat-tempat lain dengan melihat kepada kapasiti, khususnya di kawasan pulau yang mempunyai sekolah dan guru kita,” katanya.
KPM melalui JPN juga sedang meneliti untuk menamakan SK Pualu Aman sebagai sekolah digital ke arah melahirkan lebih ramai murid fasih digital yang mampu menggunakan teknologi secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika.
"Dari segi kelengkapan dan juga penglibatan guru, murid dan pengupayaan digital, sekolah ini antara sekolah yang dilihat berpotensi menjadi sekolah digital sepenuhnya bagi peringkat negeri Pulau Pinang,” katanya. - Bernama
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.