Kanak-kanak tercampak atas lebuh raya
Iklan
Seorang kanak-kanak tercampak ke lorong kanan lebuh raya selepas kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.
SEREMBAN - Polis sudah mengenal pasti pemandu kereta Myvi dan Honda Jazz yang memandu dalam keadaan berbahaya sehingga mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta lain.
Kejadian pada jam 3.21 petang di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh (arah utara) semalam menyebabkan kanak-kanak berusia 2 tahun itu cedera di bahagian kaki dan muka.
Iklan
Iklan
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kejadian dipercayai bermula apabila pemandu kereta Myvi yang berada di lorong kiri mengubah haluan secara tiba-tiba lalu terlanggar kereta Honda Civic yang dinaiki kanak-kanak itu.
Katanya, pemandu Myvi dan Honda Jazz disyaki memandu dalam keadaan berbahaya kerana mengubah haluan secara tiba-tiba sebelum menghimpit ke kanan lalu merempuh kereta dinaiki mangsa.
Iklan
"Pemandu Honda Civic itu hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi di tengah lebuh raya sebelum melanggar bahagian belakang kereta Myvi yang memandu di lorong tengah.
"Akibat perlanggaran tersebut, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.
Ibrahim berkata, siasatan sedang dilakukan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika sabit kesalahan.
Video kejadian itu juga tular di laman sosial sejak awal pagi tadi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>