Gintell lancar Kerusi Urut Wellness edisi terhad Iron Man
Iklan
Cheh Yak (kanan) bersama Simon (kiri) ketika majlis pelancaran Kerusi Urut Wellness edisi terhad Iron Man pada Ahad.
KUALA LUMPUR - Pembekal produk penjagaan kesihatan, Gintell melancarkan dua buah kerusi urut siri Wellness Super Heroes yang berupaya memberi kelegaan seluruh badan.
Gintell dalam satu kenyataan berkata, antara siri terbaharu itu ialah Kerusi Urut Wellness S7 Plus Iron Man dan S9 Maxx Iron Man.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Kerusi Urut Wellness S7 Plus Iron Man dikuasai oleh roda urut lapan dimensi generasi kedua dan ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah badan.
"Sementara itu, sempena ulang tahun Marvel ke-85, Gintell telah melancarkan Kerusi Urut Wellness Edisi Eksklusif Iron Man Black yang merupakan tambahan baharu kepada koleksi Kerusi Urut Siri Super Heroes.
Iklan
"Kerusi urut edisi eksklusif ini menggabungkan Teknologi kecerdasan buatan (AI) terbaharu dengan gaya ikonik Iron Man berwarna hitam dan emas yang diilhamkan oleh wira itu sendiri,” kata kenyataan itu pada Ahad.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Pengarah Pengurusan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak dan duta rasmi jenama tersebut, Simon Yam di Pavilion Bukit Jalil.
Iklan
Pada masa sama, Gintell memberitahu bahawa jenama berkenaan turut mengadakan pameran di lokasi pelancaran bermula 30 Oktober hingga 11 November.
Menerusi acara itu, ia bukan sahaja mempamerkan kerusi urut malah produk lain termasuk treadmill dan sebagainya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>