Malaysia guna Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam pertahan UNRWA
Iklan
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Malaysia berhasrat menggunakan Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam untuk meraih sokongan negara Arab dan Islam bagi menghalang keputusan Parlimen Israel 'melenyapkan' Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui sidang kemuncak yang bakal berlangsung pada 11 November ini di Riyadh, Malaysia akan mengusulkan supaya sokongan sepenuhnya diberikan kepada UNRWA untuk melaksanakan mandatnya dalam memberi perkhidmatan sosial dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Iklan
Iklan
"Kehadiran saya ke Sidang Kemuncak tergempar ini adalah untuk membawa mandat Dewan ini, iaitu mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman berterusan Israel ke atas rakyat Palestin.
"Pencerobohan dan pemusnahan pusat ibadah di wilayah Palestin yang diduduki, serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan dan Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Iklan
Dalam pada itu Anwar menjelaskan, penyertaan Malaysia sebagai ahli Perikatan Global juga sebahagian usaha untuk meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel bagi melaksanakan gencatan senjata kekal di Gaza.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, ia bagi menggesa pembebasan tahanan Palestin dan menangani penderitaan rakyat negara itu menerusi penyambungan segera bantuan kemanusiaan.
Iklan
"Sebagai sebuah negara yang mendukung prinsip keadilan dan perundangan antarabangsa, Malaysia komited dalam memperjuangkan hak Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka menerusi dialog, kerjasama dan penyelesaian yang adil.
"Malaysia berpandangan pendekatan ini adalah penting ke arah mencapai kestabilan dan keamanan kekal di Timur Tengah," tegasnya.
Sementara itu beliau menjelaskan, Malaysia juga telah menyumbang bantuan kewangan tambahan berjumlah AS$5.2 juta (RM22.7 juta) kepada UNRWA untuk meringankan beban dan membantu mangsa-mangsa kekejaman Israel.
Selain itu beliau berkata, usaha Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri yang membawa mangsa terutama pesakit kanak-kanak Palestin untuk mendpatkan rawatan di negara ini juga akan diteruskan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>