SHAH ALAM - Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang buat pertama kali mengadakan kunjungan ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.
Pengerusinya, May Soluman berkata, lawatan melibatkan seramai 17 ahli itu merupakan sebahagian daripada usaha Perkep untuk mempelajari dan melihat lebih dekat operasi syarikat tersebut khususnya membabitkan proses penerbitan dan percetakan akhbar Sinar Harian serta al-Quran.