KOTA BHARU - Tahap kesedaran rakyat di Kelantan masih rendah terhadap kesan buruk amalan merokok, aktiviti promosi dan pemasaran yang tidak beretika walaupun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, berdasarkan pemerhatian dan penguatkuasaan, pihaknya mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.