Hospital USM kini dikenali sebagai Hospital Pakar USM
Iklan
Hospital USM, Kubang Kerian di Kota Bharu secara rasmi ditukar kepada HPUSM berkuat kuasa serta-merta.
KOTA BHARU - Nama Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian di sini secara rasmi ditukar kepada Hospital Pakar USM (HPUSM) berkuat kuasa serta-merta.
Pengarah Kampus HPUSM, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, langkah itu selari dengan penubuhan Hospital Pakar USM sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) dengan aspek keutamaan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan perawatan.
Iklan
Iklan
"Ia secara tidak langsung meningkatkan imej dan menjadi pilihan utama masyarakat setempat bagi menerima rawatan berdasarkan perawatan kepakaran yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, pada masa sama ia dapat membezakan HPU dengan hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan.
Iklan
Ujarnya, penukaran itu bersesuaian dan selari dengan bidang-bidang kepakaran yang dimiliki oleh pakar perubatan atau pensyarah perubatan.
Dr Shaiful Bahari berkata, cadangan penukaran nama baharu hospital terbabit telah diluluskan oleh Mesyuarat ke-158 Lembaga Gabenor Universiti (LGU) pada 21 Ogos lalu.
Iklan
Menurutnya, HPUSM akan sentiasa ke hadapan dan memberi keutamaan kepada golongan yang memerlukan dalam merealisasikan agenda negara, Malaysia Madani.
"Agenda itu merupakan usaha memastikan rakyat Malaysia sihat sejahtera, memiliki status kesihatan yang baik, produktif dan berdaya tahan.
"Pengurusan HPUSM juga memastikan kelangsungan perkhidmatan perawatan kesihatan, pendidikan termasuk pengajaran dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>