PRK Mahkota: Balik mengundi demi Malaysia
Iklan
Tee Ley Hoe, 30 pulang dari Singapura untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mengundi di PRK DUN Mahkota pada Sabtu.
KLUANG -"Saya ambil cuti untuk pulang mengundi demi bantu Kluang dan Malaysia." Demikian menurut seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Tee Ley Hoe, 30 yang pulang dari Singapura bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat kawasan ini.
Menurutnya, PRK ini merupakan pengalaman keduanya selepas mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini.
"Saya bertolak dari Singapura pada jam 9 malam dan tiba jam 11.30 malam. Jam 11 pagi tadi saya mengundi di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Sri Perdana.
"Sudah 10 tahun saya bekerja di Singapura. Tapi saya pulang mengundi untuk bantu (Parlimen) Kluang dan demi Malaysia," katanya.
Ley Hoe juga mengakui tidak maklum mengenai PRK DUN Mahkota sekiranya tidak mendapat maklumat daripada Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang ditemui dua minggu lalu.
"Masa tu saya mendaki di Gunung Lambak dan terserempak dengan YB. Jadi saya diberitahu tentang PRK ini," katanya.
Dua hari sebelum berakhir tempoh berkempen PRK DUN Mahkota, Shu Qi memberitahu masih ramai pengundi yang bekerja di Singapura tidak maklum mengenai PRK yang berlangsung.
Ini kerana katanya, perkembangan yang berlaku di Malaysia tidak akan dipaparkan di media sosial pengguna yang kurang membaca berita tentang negara ini.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.
Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.