'Dulu PPR seram, kini macam kondo mewah'
Iklan
Gambar sebelum ubah suai bahagian lif (kiri), Gambar selepas ubah suai bahagian lif.
SUBANG - Inisiatif kreatif penghuni tingkat 10 Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang di sini berjaya mengubah suai landskap rumah kos rendah itu menjadi seperti kondominium mewah.
Menerusi video tular di TikTok @hanakamie memaparkan keadaan sebelum dan selepas kerja pengubahsuaian dilakukan membabitkan bahagian koridor, tangga dan lif dilakukan di tingkat berkenaan.
Seorang penduduk yang terlibat dalam usaha ubah suai landskap koridor di tingkat 10.
Iklan
Iklan
Kerja secara gotong-royong bersama jiran tetangga itu berjaya melakukan transformasi dari sebuah PPR seram terus menjadi kondo.
"Seronokkan macam ini baru abang Grab tak rasa seram," seloroh pemilik akaun TikTok tersebut beserta gambar ubah suai dijalankan.
Gambar sebelum ubah suai bahagian lif (kiri), Bahagian lif yang siap diubah suai termasuk pemasangan jubin menambahkan ciri eksklusif di tingkat berkenaan.
Iklan
Difahamkan penduduk melakukan inisiatif itu sempena pertandingan Kebersihan dan Keceriaan PPR Lembah Subang 1.
Sementara itu rata-rata pengguna media sosial memuji usaha hasil ubah suai dilakukan penduduk PPR berkenaan.
Iklan
"Dari port cerita seram terus jadi lobi hotel.. terbaik," puji seorang pengguna media sosial.
Sebelum kerja ubah suai bahagian tangga (kiri), Selepas kerja ubah suai bahagian tangga.
Usaha keras dilakukan penduduk turut juga mengubah persepsi buruk penduduk PPR yang dikaitkan sikap pengotor dan mentaliti rendah.
"Terbaik.. mentaliti macam ini yang kita mahukan.. Mula dari satu tingkat dulu nanti buat ke tingkat-tingkat lain pula.
"Biar duduk PPR tapi mentaliti macam duduk kondo mewah," komen Diamoc20.
Seorang pengguna lain turut kagum dengan kreativiti dihasilkan penduduk dan mencadangkan pemasangan CCTV dilakukan bagi mengelak vandalisme.
"Elok letak CCTV, orang dah buat cantik-cantik nanti ada yang buat kotor, boleh suruh dia bersihkan balik," komen Naniey Sakura09.
"Cantik.. Patut pasang CCTV, takut ade yang dengki khianat," komen Zura.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>