MCA cadang 5 kaedah kutip hutang PTPTN
Iklan
Kerajaan perlu memulakan usaha mendapatkan bayaran balik hutang PTPTN dengan mengimbangi akauntabiliti dan belas kasihan untuk menangani atau mengurangkan, sambil memastikan masa depan kewangan yang mampan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hang Soon)
SHAH ALAM - Kerajaan perlu memulakan usaha mendapatkan bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengimbangi akauntabiliti dan belas kasihan untuk menangani atau mengurangkan, sambil memastikan masa depan kewangan yang mampan.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon justeru mencadangkan lima kaedah bagi menggalakkan pembayaran hutang PTPTN yang telah mencecah RM6 bilion.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kaedah pertama ialah kerajaan boleh memberi mandat supaya majikan melaksanakan potongan gaji automatik untuk pembayaran balik.
"Sebagai alternatif, bahagian caruman KWSP majikan boleh dialihkan kepada ansuran PTPTN dan bukannya akaun KWSP pekerja. Ini akan memastikan pembayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten, mengurangkan beban kedua-dua peminjam dan PTPTN.
Iklan
"Bagi individu yang bekerja sendiri atau pemilik tunggal, perkenalkan polisi yang melarang pembaharuan lesen perniagaan bagi peminjam ini yang mempunyai pinjaman tertunggak.
"Ini akan memberi insentif kepada pembayaran balik dan memastikan akauntabiliti di kalangan peminjam yang bekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Pendidikan MCA menjelaskan, pihak berkuasa sama ada PTPTN, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Insolvensi dan Jabatan Imigresen perlu lebih teliti dalam meletakkan semua peminjam dalam senarai hitam, menghalang mereka keluar negara sehingga pinjaman tertunggak mereka dijelaskan.
Peminjam PTPTN juga hendaklah dilarang daripada memohon pinjaman baharu, kemudahan kredit terutamanya kad kredit peribadi atau membeli hartanah, saham dan kenderaan.
Jelasnya, ini akan menggalakkan peminjam untuk melibatkan diri dengan PTPTN mengenai pilihan pembayaran balik mereka.
"Pengaturan perlu dibuat untuk membayar secara ansuran jika membayar sekali gus bersama faedah terakru menjadi membebankan.
"Peminjam perlu dihalang daripada ‘rasa selamat’ daripada sebarang pembayaran balik pinjaman, sama seperti situasi yang dihadapi oleh Korea Selatan pada tahun 1997 yang memerlukan campur tangan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa),” jelas beliau.
Tambah Hang Soon, memandangkan RM6 bilion itu bersamaan dengan nilai 20,000 Rumah WIP atau Residensi Wilayah dan ramai graduan baharu, dewasa muda dan golongan pertengahan umur mengidamkan pemilikan rumah mampu milik, adalah menjadi kewajipan kepada peminjam untuk membayarnya.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT