Pencemaran bau kimia: Sampel sisa kimia dikenal pasti buangan terjadual
Iklan
Tian Soon (tengah) ketika meninjau keadaan Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan susulan pencemaran bahan kimia baru-baru ini.
JOHOR BAHRU - Sampel yang diambil di dua lokasi pembuangan sisa kimia yang mengakibatkan pencemaran bau di beberapa kawasan di daerah ini dikenal pasti sebagai buangan pelarut organik bukan terhalogen (SW 322) dan buangan pelarut organik terhalogen (SW 323).
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, sampel diambil di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Desa Tropika serta pihak berkuasa telah mendapat senarai industri atau kilang yang menghasilkan sisa buangan yang dikenal pasti itu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pasukan khas terdiri Jabatan Alam Sekitar (JAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang melaksanakan operasi pemeriksaan besar-besaran terhadap lebih 150 buah kilang di sekitar daerah ini.
''Kita sedang mengesan dari mana datangnya sisa kimia itu. Sehingga hari ini belum dapat dikesan kerana banyak kilang yang hasilkan sisa kimia itu dan pemeriksaan sedang berjalan (melibatkan) lebih 150 kilang.
Iklan
''Setakat ini, kita dapati bahan buangan itu banyak digunakan industri seperti industri plastik, penghasilan makanan dan pembungkusan,'' katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Sungai Tebrau di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan sampel yang diambil di sungai di kedua-dua lokasi terbabit.
Iklan
Dalam pada itu, beliau berkata, kerja-kerja pembersihan sungai di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika dijangka siap sepenuhnya esok.
"Dua lokasi pembuangan sisa kimia secara haram ini dalam fasa akhir pembersihan, proses ini berjalan lancar dan mudah-mudahan kerja-kerja pembersihan ini selesai esok.
"Bagi lokasi pertama di Taman Perindustrian Tiong Nam, kerajaan negeri belanja RM177,000 manakala lokasi kedua di Kawasan Perindustrian Tropika pula menelan kos RM84,000," katanya.
Beberapa siri pencemaran bau dilaporkan berlaku baru-baru ini di beberapa lokasi antaranya di Kampung Melayu Pandan, Taman Daya, Taman Istimewa, Taman Mount Austin, Kawasan Industri Desa Tropika, Kampung Maju Jaya, Kampung Tawakal serta Kampung Plentong Baru.
Bahan kimia yang dipercayai dibuang secara haram turut ditemukan di tebing anak sungai di Kawasan Industri Desa Tropika dan Taman Perindustrian Tiong Nam. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.