[VIDEO] Penduduk bimbang keadaan Sungai Rinting
Iklan
PASIR GUDANG – Penduduk Kampung Sungai Rinting di sini bimbang dengan keadaan Sungai Rinting selepas berlaku lambakan ikan mati terapung yang berbau busuk.
Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan mendapati, Sungai Rinting dipenuhi bangkai ikan selain air sungai berwarna hitam dan menimbulkan bau busuk.
Iklan
Iklan
Penduduk Idham Hassan, 52, berkata, keadaan itu sudah berlarutan lebih dua hari dan bau busuk mengganggu penduduk di kampung berkenaan.
Oleh itu katanya, sudah tiba masanya untuk pihak berwajib membantu dengan membersihkan semula sungai itu demi kesejahteraan penduduk.
Iklan
"Kalau tengok kawasan di sini pun dah tercemar sangat, ikan pun banyak yang mati dan air sungai warna hitam serta berbau.
"Ikan yang kita pancing pun bukan boleh bawa balik, tak boleh makan pun...bahaya. Jadi kami mohon bantulah kami di Kampung Rinting ini untuk bersihkan semula sungai,” katanya.
Iklan
Bangkai ikan terapung di permulaan sungai.
Seorang lagi penduduk, Rafi Ahmad, 74, berkata, keadaan air di Sungai Rinting kali ini terlalu hitam.
Malah katanya, keadaan itu menjadikan kawasan sungai berkenaan kelihatan terlalu kotor berbanding sebelum ini.
"Saya setiap hari memancing di sini, tetapi hari ini (Selasa), ada masalah sikitlah. Air terlalu hitam dan berbau.
"Jadi mintak kerajaan dapat bantu atasi, jernihkan balik sungai ni. Hari ni, langsung tak dapat ikan,” katanya.
Sementara itu seorang lagi penduduk, Supardi Rasmadi, 67, berkata, memang ramai yang memancing di sungai tersebut sebelum ini.
Namun katanya, setelah sungai itu tercemar sukar untuk kaki pancing memperolehi ikan di situ.
"Memancing di sini bagus, banyak dapat ikan, ikan di sini boleh tahan...tilapia besar. Sekarang pancingnya ikan tak makan, air keruh.
"Kalau tidak, tak payah tunggu lama-lama, satu, dua jam dah boleh dapat ikan,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.