Translokasi 14 gajah ke habitat asal selesai

Iklan
Khidmat Abot dan Rambai digunakan untuk memujuk gajah liar sebelum dipindahkan ke habitat asal.

GERIK - Operasi translokasi kesemua 14 gajah liar termasuk seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia tiga bulan di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang di sini berjaya dipindahkan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, operasi dilaksanakan melibatkan 25 kakitangan dibantu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang.

Gajah liar terakhir berjaya dipindahkan selepas dilapor menganggu tanaman penduduk di Gerik.