Video tular henti kenderaan, pemandu Exco telah diberi amaran
Iklan
Tangkap layar video tular mengenai insiden pemandu kepada seorang Exco yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain.
JOHOR BAHRU -"Pemandu terbabit telah diberi amaran oleh pengurusan kerajaan negeri," kata Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han mengenai tindakan pemandu kenderaan rasminya yang tular di media sosial.
Menerusi video tular berdurasi satu minit 28 saat itu, pemandu berkenaan dilihat menghentikan sebuah kenderaan di tengah-tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain.
Iklan
Iklan
Ting Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh menegaskan ketika kejadian beliau tiada di dalam kenderaan terbabit.
"Insiden tersebut sudah lama berlaku dan bukannya baru-baru ini. Namun, beberapa hari lepas, video kejadian berkenaan tular di media sosial.
Iklan
"Pemandu terbabit telah mengaku perbuatannya yang bertindak menghentikan kenderaan lain kerana pemandu kenderaan tersebut memandu secara berbahaya.
"Menurutnya, tindakan itu bertujuan untuk memberikan nasihat kepada pemandu kenderaan tersebut, mungkin cuma cara dan nada suaranya agak kurang sesuai dengan teguran," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Iklan
Dalam pada itu, Ting Han turut memohon maaf mewakili pemandu kenderaan rasminya itu sekiranya kejadian tersebut telah menyebabkan perselisihan faham berlaku antara mana-mana pihak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tiada sebarang laporan polis berhubung kejadian tersebut diterima pihaknya.
"Hasil semakan mendapati tiada laporan polis dibuat berkenaan insiden ini di kawasan IPD JBS.
"Bagaimanapun, pengamatan kasar terhadap video TikTok ini mendapati kejadian mungkin berlaku pada 12 Disember tahun lalu sekitar jam 8:33 malam, sebagaimana tular," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.