Polis tidak tutup kes Exco Perak didakwa rogol amah
Iklan
Razarudin Husain
IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kes melibatkan Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong ditutup pihak pendakwaan kerana mendapat arahan Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya juga mendapati orang ramai masih mempercayai dan menularkan dakwaan polis tidak menjalankan siasatan dengan baik sehingga kes tersebut tidak diteruskan.
Iklan
Iklan
"Dimaklumkan bahawa pihak peguam YB Yong (Choo Kiong) sudah menghantar representasinya kepada Peguam Negara tetapi permohonan tersebut ditolak dan mengarahkan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak untuk meneruskan pendakwaan terhadap kes ini.
"Pihak polis ingin menegaskan apa sahaja yang dinyatakan orang tertentu bahawa kes ini telah ditutup adalah tidak benar. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana orang yang menyebarkannya," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Iklan
Dalam pada itu, menurutnya polis sedang jalankan siasatan terhadap pemilik Facebook Fahaizal Lee di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat fitnah menyatakan bahawa Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah dibebaskan.
Sementara itu, Razarudin menjelaskan perbicaraan kes tersebut ditetapkan pada 10 hingga 14 Februari ini.
Iklan
Menurutnya, polis sudah membuat persiapan rapi kawalan keselamatan di kawasan mahkamah dan sepanjang perbicaraan berlangsung.
Ketika kanak-kanak lain bersedia menyambut Ramadan yang akan bermula pada Khamis, kira-kira 20 anak yatim dan asnaf di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak berdepan dugaan besar apabila pusat jagaan itu dilanda banjir pada Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Warden pusat jagaan berkenaan, Azad Ashraf Mohd Said berkata, ketika kejadian semua penghuni berada di dalam kawasan asrama apabila hujan lebat berterusan menyebabkan air naik mendadak dalam tempoh kira-kira 15 minit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768602/edisi/perak/dugaan-menjelang-ramadan-20-anak-yatim-terjejas-banjir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.