JomBantu hulur sumbangan kepada pusat jagaan anak yatim
Iklan
Mohammad Nafis (tiga dari kanan) bersama sukarelawan JomBantu ketika hadir memberikan sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Kampung Manjoi, pada Rabu.
IPOH – Terkesan dengan nasib dialami anak-anak yatim terjejas banjir, Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh (JomBantu) tampil menghulurkan bantuan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi yang terjejas akibat bencana itu.
Pengerusinya, Mohammad Nafis Zamahshari berkata, pusat jagaan berkenaan bukan asing bagi pihaknya kerana pelbagai program bersama telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kehadiran mereka kali ini bagi menyalurkan sokongan moral, bantuan kewangan serta membantu kerja-kerja pembersihan di premis berkenaan.
"Alhamdulillah, kami datang untuk beri sokongan moral dan juga bantuan kewangan. Kita juga akan bantu mengemas kerana memang banyak yang terjejas dan keadaannya agak teruk.
Iklan
"Insya-Allah kita tolong mana yang termampu, paling penting bantuan kewangan dan sokongan moral tetap kita salurkan," katanya ketika ditemui di pusat jagaan tersebut pada Rabu.
Hadir menerima sumbangan tersebut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak, Nazlyn Noorain Mohd Said.
Iklan
Mengulas situasi banjir yang berlaku sehari sebelum Ramadan, beliau berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk turun padang membantu golongan yang ditimpa musibah apatah lagi menjelang bulan mulia.
Dalam pada itu, Mohammad Nafis memaklumkan JomBantu mempunyai kira-kira 30 sukarelawan berdaftar namun hanya sebahagian yang aktif.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menyertai pertubuhan berkenaan bagi memperkukuh usaha kebajikan yang dilaksanakan.
Terdahulu Sinar Harian menyiarkan kisah mengenai nasib dialami penghuni pusat jagaan berkenaan susulan bencana banjir yang melanda pada Isnin lalu.
Ketika kanak-kanak lain bersedia menyambut Ramadan yang akan bermula pada Khamis, kira-kira 20 anak yatim dan asnaf di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak berdepan dugaan besar apabila pusat jagaan itu dilanda banjir pada Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Warden pusat jagaan berkenaan, Azad Ashraf Mohd Said berkata, ketika kejadian semua penghuni berada di dalam kawasan asrama apabila hujan lebat berterusan menyebabkan air naik mendadak dalam tempoh kira-kira 15 minit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768602/edisi/perak/dugaan-menjelang-ramadan-20-anak-yatim-terjejas-banjir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.