Sasar 1,500 pengunjung
Iklan
SHAH ALAM - Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menganjurkan program #BerbudiBersama siri ketiga yang akan diadakan di Johor pada 24 Ogos ini.
Berbeza dengan konsep di Perak, acara di Johor lebih fokus pada membina kapasiti iaitu mewujudkan peluang serta pembangunan komuniti.
Iklan
Iklan
Khazanah dalam satu kenyataan memaklumkan, matlamat utama acara itu adalah untuk melibatkan dan memperkasakan komuniti Johor, mencipta peluang baru serta meningkatkan pengetahuan tentang literasi kewangan dan kesedaran kesihatan selain matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"Dengan sasaran kehadiran 1,500 pengunjung, program tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya bengkel pendidikan dan sesi ceramah mengenai program komuniti seperti pengenalan kepada ESG, kesedaran kesihatan, keselamatan air dan sebagainya,” jelas kenyataan itu.
Iklan
Malah, program tersebut turut menyediakan platform kepada komuniti serta artis tempatan mempamerkan karya, produk dan perkhidmatan mereka dengan penglibatan daripada rakan kongsi Khazanah antaranya Iskandar Investment Berhad (IIB), Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH), UEM Sunrise, Cenviro, Gleneagles Medini, para usahawan kecil di samping aktiviti jualan produk tempatan dan pemeriksaan kesihatan.
Sertai program #Berbudi Bersama Johor dan mengambil bahagian dalam acara yang penuh manfaat dan kemeriahan. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama membina komuniti yang lebih kukuh dan berdaya saing!
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jauh daripada keluarga antara alasan doktor tolak penempatan di Sabah, Sarawak"><meta itemprop="description" content="Faktor berjauhan daripada keluarga menjadi antara alasan seramai 382 pegawai perubatan gagal melapor diri bagi penempatan tetap di Sabah dan Sarawak selepas tempoh melapor diri tamat pada Rabu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain faktor keluarga, pegawai perubatan turut tidak bersedia bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman serta lebih berminat di fasiliti kesihatan kawasan bandar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799486/berita/nasional/jauh-daripada-keluarga-antara-alasan-doktor-tolak-penempatan-di-sabah-sarawak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KKM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-08T05:53:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fdp_E1gno_OSMqQer/x1080"><meta itemprop="duration" content="P122S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbjr1la"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbjr1la"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbjr1la"></script>