Muhyiddin tiba di pejabatnya untuk dirakam keterangan
Iklan
Muhyiddin tiba di pejabatnya bagi dirakam percakapan berhubung isu 3R di Kuala Lumpur pada Rabu.
KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya di KL Sentral dekat sini jam 10.30 pagi bagi dirakam keterangan.
Bekas Perdana Menteri itu tiba menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam.
Iklan
Iklan
Turut kelihatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menemani Ahli Parlimen Pagoh tersebut.
Hadir sama ke pejabat Muhyiddin ialah Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Iklan
Presiden Bersatu itu akan dirakam keterangan oleh pegawai polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman.
Rakaman percakapan itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) membabitkan ucapan Muhyiddin semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.
Iklan
Polis sepatutnya merakam keterangan Muhyiddin pada Selasa, namun sesi rakaman percakapan itu ditangguhkan susulan ketiadaan peguam Ahli Parlimen Pagoh itu.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhyiddin akan dirakam keterangan pada Selasa jam 11 pagi di Bangunan MIDA, KL Sentral.
Menurut beliau, polis menerima 30 laporan polis ke atas Muhyiddin membabitkan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Ucapan Muhyiddin di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri didakwa mempersoalkan bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, setelah satu video tular di media sosial.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>