JPN lulus lebih 20,000 pengenalan diri melalui Mekar
Iklan
Badrul Hisham
MARANG - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meluluskan sebanyak 23,528 permohonan pengenalan diri melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) bermula Januari hingga Julai lepas.
Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata, permohonan melibatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan itu diterima melalui pelaksanaan 1,338 siri program yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, penganjuran tertinggi melibatkan Putrajaya iaitu sebanyak 145 program, Sarawak (122 program), Sabah (105 program), Selangor (101 program), Negeri Sembilan (98 program) dan Pulau Pinang (96 program).
"Di Kedah pula kita telah melaksanakan 96 program, Perak (91 program), Terengganu (86 program), Melaka (86 program), Pahang (84 program), Kelantan (83 program), Johor (80 program), Perlis (31 program), Kuala Lumpur (29 program) dan Labuan (lima program).
Iklan
"Bagi tahun ini, kita sasarkan sebanyak 1,500 program. Alhamdulillah setakat 31 Julai, dah capai lebih 1,300 program dan bakinya akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini," katanya pada Program Santuni Madani Bersama Ketua Pengarah JPN di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payong di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, sebanyak 173,058 permohonan kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) telah diterima dalam tempoh 15 hari bermula 29 Julai hingga 12 Ogos lepas.
Iklan
Bagaimanapun, katanya, sebanyak 52,695 MyKid yang telah siap belum dituntut ibu bapa sejak 2019 hingga 2024.
"Permohonan tertinggi MyKid melibatkan Selangor dengan 24,152 permohonan diikuti Johor (18,892) dan Sarawak (15,400).
"Saya nasihatkan kepada ibu bapa supaya tidak tergesa-gesa membuat permohonan kerana bekalan MyKid mencukupi," katanya.
Pelbagai aktiviti diadakan pada Program Santuni Madani termasuk gotong-royong membersihkan kubur, kawasan masjid dan penyerahan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang kurang berkemampuan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>