Lapor segera sekiranya ada maklumat ajaran menyeleweng - Exco
Iklan
Mohd Fared. Gambar kanan: Laporan Sinar Harian
BATU PAHAT - Kerajaan Johor meminta orang ramai supaya melaporkan segera sekiranya mempunyai maklumat berkaitan ajaran yang menyeleweng serta melanggar hukum agama.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan selain mempergiat pemantauan bagi memastikan kesucian agama Islam terpelihara."Hal ini bagi memastikan setiap ajaran yang sesat dan menyeleweng daripada Ahli Sunah Waljamaah tidak terus aktif di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang Kepada Pendidik Masyarakat Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Peringkat Negeri Johor 2024 di sini hari ini.
Julai lepas, Mohd Fared dilaporkan berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor memantau rapat lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri ini.
Beliau berkata, lima ajaran sesat berkenaan iaitu Syiah, Hizbur Tahrir, ajaran Millah Abraham, ajaran Suhaini Mohammad (Sihulk) dan ajaran Qadiani dipercayai masih aktif namun terkawal.
Mengenai kursus itu, beliau berkata, ia melibatkan 542 pendidik Tabika Kemas negeri ini yang berteraskan modul hafazan tahfiz Pahang.
"Selepas ini anak-anak berusia empat hingga enam tahun akan didedahkan kepada hafazan ayat-ayat al-Quran, khususnya pada juzuk ke-30,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>