Mohd Sait mahu terus berbakti walaupun sudah pencen
Iklan
Mohd Sait (kanan) menerima anugerah Tokoh Guru daripada Onn Hafiz (tengah) pada Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Negeri Johor di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru, pada Rabu.
JOHOR BAHRU - Penerima Anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Negeri Johor, Mohd Sait Ahmad, 67, mahu terus berkhidmat sebagai 'guru' walaupun sudah pencen.
Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai guru di beberapa sekolah agama bawah kerajaan negeri lebih 40 tahun menganggap bidang perguruan sudah sebati dengan dirinya.
Iklan
Iklan
"Walaupun sudah pencen tetapi semangat dan jiwa seorang guru tidak pernah luntur. Saya masih memberi nasihat kepada bekas pelajar dan terbabit dalam aktiviti di sekolah seperti di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Madrasah Alattas Arabiah Johor di Ulu Tiram.
"Selain itu saya juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dengan memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan," ujarnya yang merupakan Ahli Lembaga Pengelola madrasah tersebut.
Iklan
Terdahulu bapa kepada empat anak dan memiliki sembilan cucu itu ditemui selepas menerima anugerah tersebut dalam Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor Tahun 2024 di Savanna Hill Resort di sini pada Rabu.
Anugerah disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohd Sait berkata, profesion sebagai guru amat menepati jiwanya malah tiga daripadanya turut mengikut jejak langkahnya menjadi guru dan pensyarah di universiti.
Bendahari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Johor dan Ahli Jawatankuasa Perkim Cawangan Johor Bahru itu berkata, menjadi guru ketika ini amat mencabar tidak seperti sebelum ini.
"Kita mesti ada minat menjadi guru. Ini satu bidang yang mencabar, guru hari ini mesti memahami tujuan kita menjadi pendidik, ini bidang yang kita pilih.
"Apa yang penting setiap apa yang kita ajar pastikan pelajar faham, apabila faham mereka akan berjaya. Ini tanggungjawab kita. Guru mesti tunjuk contoh yang baik," katanya.
Mengenai anugerah tersebut, beliau tidak pernah menyangka menerimanya namun merakamkan penghargaan tinggi kepada semua pihak yang memilihnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.