Johor buat pembenihan awan dalam masa terdekat
Iklan
Jimmy Puah melawat rumah pam Sungai Kemang Kota Tinggi pada Disember lalu. (Gambar Fail).
JOHOR BAHRU - Operasi pembenihan awan akan dilakukan dalam masa terdekat jika taburan hujan masih berkurangan berikutan cuaca panas melanda Johor ketika ini.
Exco Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse berkata, operasi akan dilakukan pada penghujung Januari atau Februari ini berkemungkinan dilakukan lebih daripada sekali berikutan keadaan cuaca panas dijangka berlarutan hingga April ini.
Iklan
Iklan
"Kalau situasi tidak berubah, itu akan beri cabaran di Johor untuk kita memastikan tiada gangguan air tetapi kita beri jaminan segala langkah (akan dibuat) agar gangguan air tidak ada ataupun kita cuba untuk minimumkan.
"Kerjasama akan dilakukan dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTEC), Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (Bakaj) dan Syarikat Air Johor (SAJ),” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Senibong Cove semalam.
Iklan
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan gangguan air berikutan cuaca panas sepanjang sambutan Tahun Baru Cina.
"Kecuali laporan gangguan bekalan air di Bekok kerana paip pecah, namun ia sudah dibaiki," katanya.
Iklan
Dalam pada itu, katanya, tahap air di empangan di negeri ini masih berada pada tahap memuaskan, namun pihaknya membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
"Di sebelah pantai timur (Johor), sekiranya paras air (empangan) jatuh di bawah paras amaran, kita akan minta air dipam dari (empangan) Seluyut yang dimiliki oleh Petronas dan akan disalurkan ke kawasan pantai timur (Johor),” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>