Sanusi ucap terima kasih kepada pengundi Sungai Bakap
Iklan
Muhammad Sanusi (lima dari kiri) ketika mengadakan perlawanan persahabatan Kabaddi antara pasukan pilhan MB Kedah menentang Sungai Bakap Indian Youth pada Jumaat.
ALOR SETAR - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Menurutnya, kemenangan itu membuktikan berlaku penolakan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
Menteri Besar Kedah itu berkata, apa yang lebih menggembirakan ialah majoriti kemenangan di DUN terbabit bertambah berbanding pada pilihan raya lalu.
"Alhamdulillah, kemenangan untuk Perikatan Nasional (PN) di PRK Sungai Bakap. Terima kasih kepada semua pengundi.
Iklan
"Majoriti bertambah berbanding pilihan raya yang lalu menunjukkan rakyat menolak PH-BN,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Ahad.
Sanusi secara berseloroh turut menyifatkan pada PRK kali ini, jentera parti tidak perlu turun berkempen bersungguh-sungguh berbanding beberapa PRK lepas, memadai dengan perlawanan persahabatan untuk menawan hati pengundi.
Iklan
"Tak payah nak kempen teruk-teruk. Main bola, main bola tampar ja. Rakyat memang dah tolak PH-BN,” katanya lagi.
Keputusan PRK Sungai Bakap menyaksikan calon PN, Abidin Ismail berjaya mempertahankan kerusi terbabit selepas memperoleh 14,489 undi, menewaskan pencabarnya Dr Joohari Ariffin (PH) yang meraih 10,222 undi, dengan majoriti 4,267 undi.
Dalam Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Ogos tahun lalu, Nor Zamri Latiff yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berjaya menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lalu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>