Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh namun tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain, kata pakar ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7190/7235 berbanding dolar AS daripada 4.7120/7155 ketika ditutup pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pilihan raya di Perancis dan United Kingdom (UK) dilihat memberikan rangsangan kepada mata wang AS.
UK dilaporkan akan mengadakan pilihan raya pada Khamis manakala pusingan kedua pilihan raya Parlimen Perancis akan diadakan pada 7 Julai.
Iklan
"Walaupun Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Pembuatan ISM AS susut kepada 48.5 mata pada Jun, lebih rendah daripada jangkaan konsensus 49.2 mata namun, Indeks Dolar AS (DXY) terus disokong dengan baik,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, selain itu, pilihan raya Presiden AS pada November menjadi tumpuan utama pasaran berikutan debat presiden pada Jumaat lepas.
Iklan
Justeru, ringgit dijangka mengekalkan julat kecil berbanding dolar AS pada sekitar RM4.71 hari ini, katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9216/9246 daripada 2.9254/9278 ketika ditutup pada Isnin serta lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.9653/9710 daripada 5.9706/9750.
Ringgit naik berbanding euro kepada 5.0658/0707 daripada 5.0682/0720.
Sebaliknya, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4750/4785 daripada 3.4772/4801 pada penutup semalam, dan lebih stabil berbanding baht Thailand kepada 12.8300/8464 daripada 12.8329/8481.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 ketika ditutup pada Isnin, serta rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 289.1/289.5 daripada 288.7/289.0. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>