Kain rentang promosi durian mengelirukan sudah diturunkan - KPDN
Iklan
Foto tular kain rentang promosi durian pada harga murah dan mengelirukan.
JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menerima dua aduan daripada pengguna berhubung harga promosi durian yang dipaparkan pada kain rentang mengelirukan.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, aduan yang dibuat itu membabitkan sebuah premis menjual durian di Johor Jaya.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, pemeriksaan dilakukan ke atas premis terbabit pada Ahad, mendapati kain rentang promosi berkenaan telah diturunkan.
"Kain rentang promosi durian kampung RM30 per pek berkenaan juga tular di media sosial. Namun ia telah diturunkan sebelum kehadiran pegawai penguat kuasa KPDN.
Iklan
Anggota KPDN Johor memeriksa alat timbang di premis menjual durian, pada Ahad.
"Hasil siasatan pemilik mengakui telah menurunkan kain rentang promosi terbabit selepas menyedari ianya sudah tular di media sosial," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut Lilis Saslinda, pemeriksaan ke atas premis mendapati alat timbang yang digunakan masih dalam tempoh sah dan tanda harga jelas pada barangan yang dijual.
Iklan
"KPDN juga memberi advokasi atau nasihat kepada pemilik premis berhubung iklan promosi yang jelas dan tidak mengelirukan.
"Iklan perlu yang mempunyai butiran promosi tersebut sah sehingga bila atau mempunyai had pelanggan sebagai contoh 30 per pek untuk 50 keluarga terawal atau tempoh masa tertentu sahaja," katanya.
Anggota KPDN Johor melakukan pemeriksaan di sebuah premis menjual durian di Johor Jaya pada Ahad.
Lilis Saslinda turut menasihatkan pengguna agar menggunakan platform aduan rasmi KPDN mengenai salah laku peniaga, berbanding menularkannya di media sosial.
"Jika terjumpa kesalahan dibuat peniaga di bawah penguat kuasa KPDN, jangan ditularkan dulu sebaliknya terus buat aduan agar bahan bukti tidak sempat disorokkan atau diturunkan," katanya.
Sebelum itu tular di Facebook, mengenai rasa tidak puas orang ramai mengenai kain rentang promosi durian kampung di premis tersebut yang mengelirukan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.