Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Pada jam 9.10 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7110 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7150 pada Isnin. Foto hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana sentimen ekonomi global bersikap berhati-hati mendorong sesetengah pelabur beralih ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.10 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7110 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7150 pada Isnin.
Iklan
Iklan
Peniaga itu berkata, pelabur sedang menunggu pengumuman indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS pada Jumaat depan, Rizab Persekutuan AS bergantung kepada kemajuan pengukuran dalam menurunkan inflasi kepada sasaran 2.0 peratus.
Beliau berkata, pelabur juga akan memantau debat presiden AS pertama kali diadakan antara Presiden Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump dijadualkan berlangsung pada Khamis ini selepas pasaran AS ditutup.
Iklan
Sementara itu, ringgit dibuka rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9534/9560 daripada 2.9508/9535 ketika ditutup semalam, turun berbanding pound Britain kepada 5.9717/9764 daripada 5.9679/9730 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0526/0563 daripada 5.0511/0554 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Iklan
Unit tempatan menguncup berbanding baht Thailanda kepada 12.8669/8811 daripada 12.8383/8541 pada Isnin.
Bagaimanapun, ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4803/4832 daripada 3.4811/4843 ketika ditutup pada Isnin, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 287.1/287.4 daripada 287.3/287.7 sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>