Shafie tetap pendirian enggan Bersatu masuk Sabah
Iklan
Mohd Shafie Apdal
KOTA BELUD - Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan tidak membenarkan Bersatu melebarkan sayap di negeri ini bagi membolehkan kerajaan Sabah memberi tumpuan mentadbir negeri ini dengan baik.
Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata keputusan itu diambil bukannya menunjukkan parti berkenaan tidak memberi kerjasama kepada Bersatu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata Warisan sudah menjalin kerjasama dengan Bersatu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas dan sejak dari awal lagi menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
"Saya juga ada pengalaman termasuk selama 30 tahun di beberapa kementerian di peringkat persekutuan ketika kerajaan sebelum ini, (sekarang) berilah saya peluang mentadbir Sabah yang kini baru masuk tujuh bulan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2019 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kadamaian di Kampung Taginambur dekat sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Dun Kadamaian yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ewon Benedick.
Iklan
Mohd Shafie berkata kerjasama dengan kerajaan persekutuan diteruskan selepas Warisan menerajui kerajaan baharu Sabah.
Beliau berkata kerajaan persekutuan juga memberi kerjasama baik kepada kerajaan negeri termasuk melantik beberapa menteri dan timbalan menteri persekutuan dari negeri ini, di kementerian penting.
Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Mohd Shafie berharap keputusan beberapa pemimpin dan wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional Sabah keluar dari parti sebagai satu langkah baik.
"Sebagai pimpinan negeri, kalau boleh kita dapat bersatu di bawah kerajaan naungan yang ada. Kita juga sedar mereka mempunyai pendirian dan maruah tetapi apa yang penting kita saling bantu membantu untuk menjayakan agenda dan harapan rakyat," katanya.
Justeru, beliau mempelawa mereka membuat keputusan bijak untuk bersama di bawah kerajaan sedia ada. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.