Subsidi diesel: KPDN keluar 191 notis kepada peniaga sejak Isnin
Iklan
KPDN akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi Ops Kesan 2.0 Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Sebanyak 191 notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Ops Kesan 2.0 susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula Isnin lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dalam kenyataan pada Rabu berkata, notis itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 346 premis di seluruh negara sejak Isnin hingga hari ini yang turut menyaksikan 23 aduan diterima dan tiga kertas siasatan dibuka.
Iklan
Iklan
"KPDN ingin mengingatkan khususnya peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 demi menjaga dan melindungi hak pengguna,” katanya.
Beliau berkata, Ops Kesan 2.0 yang dilancarkan Sabtu lepas adalah antara persiapan kementerian itu terhadap pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Iklan
Kenyataan sama memaklumkan orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan berkaitan penyasaran subsidi diesel melalui talian khas 012-6654 292 atau melalui aplikasi WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000, menghubungi pusat panggilan 1-800-886-800 selain Portal e-Aduan KPDN di pautan http://eaduan.kpdn.gov.my dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.
Pada Ahad, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam.
Iklan
Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>