Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah tiada permit - Polis
Iklan
Polis Kota Kinabalu memaklumkan perhimpunan aman #KamiMahuAir Sabah yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu pada Jumaat ini tidak mempunyai permit.
KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu memaklumkan perhimpunan aman #KamiMahuAir Sabah yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu pada Jumaat ini tidak mempunyai permit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya tidak memproses permohonan daripada penganjur kerana tidak dilengkapkan dengan dokumen diperlukan.
Iklan
Iklan
"Surat maklum balas dihantar kepada penganjur yang menyatakan permohonan tidak dapat diproses melalui pos dan WhatsApp kerana tidak dapat dihubungi.
"Oleh itu, perhimpunan ini tidak mempunyai kelulusan dan tiada permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Kasim menasihatkan orang ramai terutama mahasiswa supaya tidak terlibat dalam perhimpunan terbabit.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak hadir pada perhimpunan ini," katanya.
Iklan
Perhimpunan itu dianjurkan bagi menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah berhubung isu air yang dihadapi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa berlarutan sejak kebelakangan ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.