Rokok RM17 juta diseludup Geng Zali dilupuskan
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
MERSING - Polis Johor melupuskan 2,828 kotak rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM17 juta yang sudah diselesaikan dalam perundangan mahkamah hari ini.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail berkata, kesemua rokok berkenaan dirampas dalam Op Asap yang dijalankan pasukan Bahagian Perisikan Dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman bersama Pasukan VAT 69 di Felda Tenggaroh 2 dan Felda Tenggaroh 4 di sini pada 10 Oktober 2018.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pertuduhan terhadap kes penyeludupan rokok itu dilakukan di Mahkamah Majistret Mersing pada 24 Oktober 2018 yang menyaksikan anggota sindiket 'Geng Zali' terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan 16 lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara antara tiga dan lima bulan.
"Kesemua barang rampasan berkaitan kes rokok ini diarahkan untuk dilupuskan secara musnah dan tanam sebagaimana arahan mahkamah di bawah Seksyen 407a Kanun Prosedur Jenayah," katanya kepada pemberita di tapak pelupusan Jalan Meta di sini hari ini.
Iklan
Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad dan Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing.
Shafie berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 2001.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>