Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi
Iklan
Gua Musang adalah antara daerah paling pesat pembangunan dan mempunyai laluan strategik yang baik sebagai perhentian sebelum ke Kuala Lumpur dan Kota Bharu.
GUA MUSANG - Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia adalah sejajar dengan misi kerajaan negeri untuk membangunkan beberapa bandar baharu yang berfungsi merubah landskap ekonomi di kawasan berkenaan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Gua Musang adalah antara daerah paling pesat pembangunan dan mempunyai laluan strategik yang baik sebagai perhentian sebelum ke Kuala Lumpur dan Kota Bharu.
"Selain itu, kita ingin membangunkan beberapa bandar baharu antaranya di Tunjong, Tok Bali, Lojing dan kawasan bandar Gua Musang," katanya kepada pemberita setelah merasmikan pembukaan Pasaraya G-Orange di Bandar Utama, di sini pada Isnin.
Iklan
Mohamed Fadzli berkata, keadaan ekonomi akan bertambah baik setelah pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama disiapkan, malah daerah ini akan menjadi tumpuan kerana kedudukannya di tengah-tengah Kelantan.
"Kami mengharapkan agensi kerajaan negeri untuk memainkan peranan penting dalam usaha memajukan ekonomi setempat,” katanya.
Iklan
Menurutnya, kewujudan cawangan ketiga Pasaraya G-Orange yang dirasmikannya hari ini dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi kerana premis terbabit menyediakan kira-kira 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
"Oleh itu, saya menasihatkan rakyat yang mendapat peluang pekerjaan agar melaksanakan tanggungjawab dengan baik di samping menunjukkan komitmen tinggi dalam tugas yang diberikan," katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.