Ancaman radikal sukar dikesan dalam masyarakat

Iklan
Kumar menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Johor di Dataran Kawad Ibu IPK Johor, Johor Bahru pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Ancaman radikal dan pemikiran ideologi ekstrem sukar dikesan dalam masyarakat ibarat 'terbenam di bawah permukaan' yang tidak kelihatan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya tidak dapat menilai personaliti dan ideologi seseorang itu menerusi mata kasar.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, maklumat awal daripada keluarga daripada keluarga terdekat dan jiran-jiran tetangga adalah sangat penting dalam membuat pencegahan awal berhubung perubahan silap, tingkah laku dan aktiviti harian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Johor di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.

Iklan

Pada 17 Mei media melaporkan kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di sini pada jam 2.30 awal pagi yang mengorbankan dua anggota polis manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

Kumar berkata, cawangan khas Johor komited dalam memastikan kegiatan ekstremis agama, kumpulan ajaran sesat dan meragukan sentiasa menjadi keutamaan dalam menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Johor (JSJN) Johor menangkap 8,652 individu atas pelbagai kesalahan dadah dari awal tahun hingga bulan lalu.

Jelasnya, jumlah statistik terbabit merupakan ketiga tertinggi dalam kalangan IPK yang melibatkan rampasan 1.72 tan dadah bernilai RM13.37 juta.

JSJN Johor katanya, telah menyita pelbagai aset sindiket dadah bernilai RM5.31 juta dengan tumpasnya lapan sindiket pengedaran dadah tempatan berskala tangkapan dan rampasan yang besar.

"Bagi kes penagih berulang, sehingga April 2024 seramai 292 orang telah berjaya ditangkap manakala 68 lagi di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!