Projek 'sakit' SPNB terakhir di Johor siap Ogos, September ini

Iklan
Dari kiri Cai Tung, Mohd Jafni dan Mohd Khairul melawat Blok D dan Blok E di Taman Seri Molek Perdana, Johor Bahru yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu

JOHOR BAHRU - Projek 'sakit' terakhir di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri ini iaitu di Taman Seri Molek Perdana dekat sini dijadual siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pemilik pada Ogos atau September ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, projek perumahan itu yang sudah terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu kini membabitkan fasa ketiga iaitu yang terakhir melibatkan blok rumah pangsa kos sederhana rendah Blok D dan rumah pangsa kos rendah Blok E.

Iklan
Iklan

"Saya mengucapkan terima kasih atas bantuan semua pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan banyak agensi yang selesaikan isu dalam masa dua tahun selepas kontraktor ketiga dilantik," katanya.

Blok D dan Blok E di Taman Seri Molek Perdana, Johor Bahru yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu akan siap dan diserahkan kepada pemiliknya pada Ogos atau September ini

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Blok D dan Blok E Taman Seri Molek Perdana pada Ahad. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung dan Pengarah SPNB, Mohd Khairul Azli.

Iklan

Projek Taman Seri Molek yang kedudukannya di tengah bandar raya ini sepatutnya siap pada 2012, namun berdepan pelbagai masalah teknikal.

Jumlah keseluruhan kediaman di Fasa 1, 2 dan 3 Projek Taman Seri Molek Perdana adalah sebanyak 972 unit merangkumi rumah pangsa kos sederhana rendah, pangsapuri kos sederhana dan rumah pangsa kos rendah dan penthouse.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Jafni berkata, projek Taman Seri Molek Perdana dengan kos asal RM110 juta mengalami masalah kelewatan sejak 2019 selepas kontraktor pertama yang dilantik gagal menyiapkan projek terbabit.

Katanya, selepas menamatkan kontraktor pertama, pelantikan kontraktor kedua juga mengambil masa dan berhadapan kekangan kewangan akibat penangguhan susulan pandemik Covid-19.

Kelewatan projek itu ujar beliau, disebabkan pelbagai masalah termasuk isu saman menyaman antara SPNB dan kontraktor terbabit dan kes berkenaan masih lagi belum selesai di mahkamah.

"Sekarang yang selesaikan projek ini adalah kontraktor penyelamat daripada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ). Apabila masa berjalan, tentunya kos barang semakin tinggi. Kos untuk projek ini kini naik sekali ganda daripada asal.

"Ramai pihak yang tidak faham termasuk pembeli membabitkan isu ini dan mengapa ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan. SPNM tambah modal yang banyak untuk selesaikan projek ini. Di Johor, SPNB sudah selesaikan semua projek sakit dan terbengkalai apabila projek perumahan ini diselesaikan,"katanya.

Katanya, fasa satu projek itu telah selesai membabitkan 160 unit rumah dan lapan kedai di blok F siap sepenuhnya dan mendapat CCC pada 15 Januari 2020.

"Fasa kedua, membabitkan 253 unit rumah iaitu blok A, B dan C juga telah siap sepenuhnya dan mendapat CCC pada 15 Disember 2021. Daripada jumlah itu 176 sudah terima kunci dan ada baki 77 pemilik yang kita tidak dapat kesan," katanya.

Sementara itu, Cai Tung berkata, pihaknya dan SPNB akan mengesan 77 pemilik rumah berkenaan kerana mungkin tidak tahu rumah sudah siap termasuk mereka yang sudah habis membayar pinjaman rumah tersebut.

Menurut beliau, ini kerana terdapat pemilik yang sudah meninggal dunia kerana sudah lebih 10 tahun pembinaannya terbengkalai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!