Judi dalam talian, polis beku akaun keldai bernilai RM32 juta

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Ratusan akaun keldai bernilai RM32 juta dipercayai diguna untuk kegiatan judi dalam talian dikenakan tindakan pembekuan oleh pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan polis mengesan pelbagai judi dalam talian seperti Winbox, 99 dan 88.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan terbabit.

"Polis sentiasa komited dalam membanteras judi dalam talian yang bertapak di dalam negara.

Iklan

"Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini berjaya membekukan akaun-akaun mule (keldai) yang digunakan sindiket ini dianggarkan bernilai RM32 juta," katanya pada Sabtu.

Tambah Razarudin, usaha mengesan mereka yang terlibat sedang dilakukan untuk siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Iklan

Katanya lagi, pihak polis juga mendapati, akaun keldai bukan sahaja diguna dalam judi dalam talian, namun turut digunakan bagi kegiatan tipu pelaburan.

"Kita juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah memberikan atau meminjamkan akaun bank kepada mana-mana individu kerana terdapat kemungkinan mereka dijadikan keldai akaun,” katanya.

Pada Jumaat, Razarudin dalam sidang akhbar memaklumkan kejayaan PDRM menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto selepas menyerbu beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, bermula 13 hingga 21 Mei lalu.

Hasil serbuan berkenaan, 10 rakyat tempatan termasuk dalangnya berusia 43 tahun ditahan selain aset dan wang tunai berjumlah RM51.2 juta dirampas oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis kemudian telah membekukan 33 akaun bank berjumlah RM10,714,175.62 dan penyitaan mata wang digital kripto sebanyak RM3,500,000 mengikut nilai semasa yang dipercayai hasil daripada aktiviti penipuan pelaburan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!