Pembinaan SJKC Sunsuria inisiatif derma dan bina

Iklan
Fadhlina (tiga dari kiri) menanam pokok sebagai simbolik perasmian Tapak Projek Hab Pendidikan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria di sini pada Sabtu.

SEPANG - Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria yang diusahakan kumpulan hartanah terkemuka, Sunsuria Berhad (Sunsuria) dilaksanakan menerusi kaedah inisiatif derma dan bina.

Projek pembinaan sekolah di atas tanah seluas 6.07 hektar itu dijangka bermula tahun ini.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, projek yang bakal menelan belanja kira-kira RM18 juta tersebut mengandungi 24 bilik darjah dengan anggaran berupaya menampung hampir 1,000 murid di sekitar kawasan semakin pesat berkembang itu.

"Kita sedia maklum bahawa kawasan ini (Sunsuria) memerlukan sekolah. Kami percaya bahawa pembinaan sekolah ini dapat memberi manfaat kepada penduduk di sini dan juga kawasan berhampiran, sekali gus dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tangani sekolah padat di negara kita.

Iklan

"Saya difahamkan projek ini dalam proses akhir memuktamadkan dokumentasi peringkat KPM dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Projek ini dijadual mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai majlis perasmian Tapak Projek Hab Pendidikan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sunsuria di sini pada Sabtu.

Iklan

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Tan Sri Ter Leong Yap serta tetamu kenamaan lain.

Kah Woh berkata, pembinaan SJKC Sunsuria telah diluluskan sebelum ini hasil kerjasama semua pihak khususnya pemaju (Sunsuria) dan KPM.

"Kita hargai usaha yang dilaksanakan pihak Sunsuria yang mana kos pembinaan sekolah di bawah KPM ini ditanggung sepenuhnya oleh mereka melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Mewakili KPM, Kah Woh turut menzahirkan penghargaan kepada Sunsuria kerana memberikan komitmen tinggi untuk melaksanakan pembinaan sekolah secara CSR.

Inisiatif derma dan bina merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan isu sekolah padat secara ‘menang-menang’ antara penduduk dan pemaju.

Kaedah yang diambil Sunsuria ini juga secara tidak langsung membuka ruang kepada agensi, yayasan, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan pemaju untuk turut melaksanakan CSR, seterusnya dapat menyumbang kepada pendidikan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

b