Penyokong TFC bersolidariti bersama Palestin

Iklan
Penyokong Terengganu FC menunjukkan tanda solidariti terhadap Palestin dengan mengibarkan bendera negara itu semasa perlawanan Liga Super 2024/2025 menentang Kelantan Darul Naim FC (KDNFC)

KUALA NERUS - Penyokong Terengganu FC (TFC) menunjukkan tanda solidariti terhadap Palestin dengan mengibarkan bendera negara itu semasa perlawanan Liga Super 2024/2025 menentang Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

Hampir 10,000 penyokong yang hadir di stadium berkenaan mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk sebagai tanda sokongan kepada rakyat di negara berkenaan yang ditindas rejim Zonis.

Iklan
Iklan

Selain itu, turut kelihatan pemain sayap TFC, Akhyar Rashid yang membuat penampilan kedua selepas pulih daripada cedera pada bahagian kepala dipercayai menjadi mangsa samun pada 2 Mei lepas.

Pada separuh masa pertama, TFC berjaya menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti oleh Ismaheel Akinade pada minit ke-35.

Iklan

Nurillo Tukhtasinov pula menghadiahkan gol kedua untuk terus meletakkan TFC di hadapan KDFC pada minit ke -45.

Keputusan kekal dengan TFC mendahului KDNFC 2-0 hingga habis perlawanan separuh masa pertama.

Iklan