Subsidi bersasar diesel jadi ujian litmus - Apurva Sanghi

Iklan
Tangkap layar hantaran Apurva Sanghi di Aplikasi X pada Jumaat.

SHAH ALAM - Pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel akan menjadi ujian litmus atau penilaian kerajaan sebelum perkara sama dilaksanakan terhadap RON95.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi berkata, ia akan menguji keupayaan kerajaan dalam memastikan pemindahan wang tunai yang mencukupi untuk golongan miskin, menjamin pembelian kelas pertengahan dan menekankan faedah iklim.

Iklan
Iklan

"Orang kaya perlu bertahan tanpa subsidi, walaupun (mereka) mengeluh," katanya menerusi satu hantaran di Aplikasi X pada Jumaat.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Iklan

Beliau berkata, dengan usaha penyasaran subsidi diesel ini, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.

Ujarnya, kerajaan akan memberi subsidi kepada peniaga yang menggunakan kenderaan diesel komersial bagi membendung kenaikan drastik harga barangan dan perkhidmatan di semenanjung.

Iklan

Dalam pada itu, Apurva berpendapat bahawa individu dalam kelas pertengahan yang menggunakan lebih banyak minyak daripada golongan miskin akan terkesan kerana tidak menerima pemindahan wang tunai.

Ujarnya, menggunakan beberapa penjimatan subsidi untuk membantu mereka atau pembaharuan pelengkap lain akan menjamin pembelian dan memastikan kejayaan keseluruhan.

"Masa akan menjadi penting dalam pembaharuan RON95 kerana ia boleh membawa kepada peningkatan antara lima dan sembilan peratus bergantung kepada harga tenaga global.

"Jadi masa sangat penting, perkenal pembaharuan RON95 apabila harga tenaga agak rendah,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!